• No results found

KEBERKESANAN TADBID URUS KORPORAT KE ATAS KUALITI PELAPORAN KEWANGAN PADA PERBANKAN ISLAM: STUDI KASUS DI INDONESIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KEBERKESANAN TADBID URUS KORPORAT KE ATAS KUALITI PELAPORAN KEWANGAN PADA PERBANKAN ISLAM: STUDI KASUS DI INDONESIA"

Copied!
14
0
0

Bezig met laden.... (Bekijk nu de volledige tekst)

Hele tekst

(1)

282

KEBERKESANAN TADBID URUS KORPORAT KE ATAS KUALITI PELAPORAN KEWANGAN PADA PERBANKAN ISLAM: STUDI KASUS DI INDONESIA

Zulhelmy Bin Mohd. Hatta

(Ph.D Student in Malaya University, Kuala Lumpur) zulhelmy.mhatta@yahoo.com & zulhelmy.MH@gmail.com

Abstrak

Penerapan tadbir urus korporat pada pelbagai institusi kewangan khasnya dunia perbankan semakin diperlukan. Keperluan ini diakibatkan kerana berbagai faktor diantaranya yang paling mengesankan adalah krisis ekonomi khasnya krisis kewangan. Berbagai tawaran konsep tadbir urus telah diajukkan dan bahkan telah dipraktikkan. Hasilnya ada yang memberikan sinyal yang positif ada juga yang negatif. Namun demikian, dalam praktik tadbir urus di perbankan Islam justru menjadi hal yang menarik untuk dikaji.

Kajian tadbir urus korporat selama ini masih terhad pada survey sahaja, setahu peneliti sampai setakat ini belum ada yang mencuba mengkaji bagaimana kesan tadbir urus korporat ke atas kualiti pelaporan kewangan. Berkualitinya laporan kewangan membawa manfaat atau kesan ke atas pengambilan keputusan bagi pihak-pihak yang berkepentingan.

Kajian ini memiliki tujuan melihat bagaimana kesan penerapan struktur tadbir urus korporat ke atas kualiti pelaporan kewangan perbankan Islam di Indonesia. Perbankan Islam yang dijadikan sebagai sampel adalah Bank Muamalat Indonesia, Bank Mandiri Syariah, dan Bank Mega Syariah dengan jumlah responden yang diperolehi sebanyak 105. Pemboleh ubah independen adalah Board of Directors, Audit Committee, External Auditors, Internal Auditors, dan Syariah Suvervisory Board. Sedangkan pemboleh ubah dependen adalah Quality of Financial Reporting. Alat uji yang digunakan adalah simple regression dan multiple regression dengan program SPSS versi 17.

Hasil kajian menunjukkan bahawa struktur tadbir urus korporat berkesan ke atas kualiti pelaporan kewangan perbankan Islam di Indonesia samada secara parsial mahupun secara bersama-sama.

Abstract

The adoption of corporate governance at various financial institutions in the banking world is needed. This requirement is caused due to various faktors such as the most impressive is the economic crisis, especially the

financial crisis. Any concept of corporate governance have been proposed and even practiced. The result is a positive signal is also negative. However, the practice of governance in Islamic banking has indeed become an interesting case for study.

The study of corporate governance is still limited only to the survey, as far as the writer to date no one has attempted the study of how the influence of corporate governance on the quality of financial reporting. Financial benefit will

(2)

283 influence decision of the parties concerned.

This study has the goal to see how the influence implementation of corporate governance structures on the quality of financial reporting of Islamic banking in Indonesia. The samples of this study are Bank Muamalat Indonesia (BMI), Bank Syariah Mandiri (BSM) and Bank Mega Syariah (BMS) and the number of respondents who earned a total of 105 respondents. Independent variable is the Board of Directors, Audit Committee, External Auditors, Internal Auditors, and Shariah Suvervisory Board. While the dependent variable is the Quality of Financial Reporting. Testing device is used simple regression and multiple regression with SPSS version 17.

The study shows by using a regression analysis, it is found that structure of corporate governance may influence quality of financial reporting of Islamic banking in Indonesia.

Keywords: Corporate Governance, Board of Directors, Audit committee, Internal Auditor, External Auditor, Syariah Suvervisory Board, Quality of Financial Reporting, Islamic Banking.

Field of Research: Islamic corporate governance, Islamic accounting, Islamic banking, Islamic finance.

1. Pendahuluan

Globalisasi ekonomi, peningkatan pasar kewangan dan pelaburan sejak tahun 1990-an telah membawa peningkatan keperluan terhadap tadbir urus korporat dan akauntabiliti. Perkembangan ini telah mempercepat terjadinya perubahan pasar kewangan dunia pada tahun 1998. Globalisasi pasar dalam konteks tersebut telah mengantarkan kepada suatu era dimana dimensi tradisional pada tadbir urus korporat didefinisikan serasi dengan hukum lokal, regulasi, dan prioriti nasional.(CACG, 1999)

Semenjak terjadinya kegawatan kewangan yang melanda dunia terutama negara Amerika dan Eropa tak terkecuali Asia termasuk Indonesia pada akhir tahun 2008, membuat lembaga-lembaga antar bangsa mencari solusi untuk mengatasi kegawatan tersebut. Banyak institusi kewangan khasnya perbankan mengalami kebangkrutan yang teramat parah. Pelbagai cara telah dilakukan seperti melakukan bailout (dana talangan) untuk mencegah terjadinya kebangkrutan korporasi terutama perbankan.

Sebenarnya langkah-langkah untuk mengatasi kegawatan ekonomi telah banyak dilakukan oleh berbagai negara sejak terjadinya kegawatan ekonomi pada akhir tahun 1997 yang telah melanda negara asean terutama Indonesia. Misalnya melakukan perbaikan pengurusan syarikat. Konsep pengurusan syarikat yang diharapkan dapat mengurangi resiko kebangkrutan tersebut adalah good corporate governance (GCG).

Sejak awal kegawatan ekonomi pada tahun 1997 sampai saat ini, tadbir urus korporat menjadi isu yang ramai diperbincangkan sama ada korporat konvensional mahupun korporat kewangan syariah. Banyak pelembagaan yang bertujuan untuk menerapkan tadbir urus korporat yang ditubuhkan di Indonesia antara lain; seperti Komite Nasional Kebijakan Good Corporate Governance (KNKGCG) pada tahun 1999 yang kemudian diubah pada tahun 2006 menjadi Komite Nasional Kebijakan Governance (KNKG), Forum for Corporate Governance in Indonesia (FCGI) oleh beberapa institusi ekonomi dan kewangan pada tahun 2000, Center for Good Corporate Governance (CGCG) oleh Universiti Gadjah Mada Yogyakarta pada tahun 2009.

Pelembagaan yang ditubuhkan sebahagian besar bahkan boleh dikatakan masih terfokus pada korporat konvensional, bahkan setahu peneliti belum ada lembaga khusus tadbir urus korporat yang ditubuhkan untuk institusi kewangan syariah seperti perbankan syariah. Untuk itu, dirasa perlu dilakukan kajian-kajian yang mendalam dan terfokus pada institusi perbankan syariah. Penyingkapan aplikasi tadbir urus korporat di setiap lembaga kewangan syariah mesti dilakukan. Penyingkapan tersebut dapat berupa pembuatan laporan kewangan korporat. Laporan

(3)

284

kewangan merupakan bentuk atau wujud akuntabilti korporat terhadap pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders).

Menurut KNKG kegawatan perbankan di Indonesia yang dimulai akhir tahun 1997 bukan sahaja diakibatkan oleh kegawatan ekonomi, tetapi juga diakibatkan oleh belum dilaksanakannya good corporate governance dan etika yang melandasinya. Oleh itu, usaha mengembalikan kepercayaan kepada dunia perbankan Indonesia melalui restrukturisasi dan rekapitalisasi hanya dapat mempunyai impak jangka panjang dan mendasar apabila disertai tiga tindakan penting lain iaitu : (i) Ketaatan terhadap prinsip kehati-hatian; (ii) Pelaksanaan good corporate governance;

dan (iii) Pengawasan yang efektif dari Otoriti Pengawas Bank (KNKG, 2004).

Oleh itu, maka perlu dilakukan kajian yang mencuba melihat pengaruh atau kesan penerapan tadbir urus korporat ke kualiti pelaporan kewangan perbankan di Indonesia. Setahu peneliti, kajian ini belum pernah dilakukan dan menarik kerana merupakan isu yang masih hangat diperbincangkan khasnya perbankan syariah di Indonesia.

Peneliti ingin melakukan penyelidikan yang berkaitan dengan tadbir urus korporat Islam (Islamic Corporate Governance) dan kesannya ke atas kualiti pelaporan kewangan perbankan Islam sebagai wujud akauntabiliti dalam perspektif Islam.

2. Tadbir Urus Korporat dan Kualiti Pelaporan Kewangan

Pengertian tadbir urus dapat diertikan sebagai cara mengurusi urusan-urusan awam. World Bank memberikan definisi governance sebagai “the way state power is used in managing economic and social resources for development of society”. Sedangkan United Nation Development Program (UNDP) mendefinisikan governance sebagai “the exercise of political, economic, and administrative authority to manage a nation’s affair at all levels”

(Mardiasmo, 2005)

Menurut prinsip Corporate Governance dari OECD corporate governance adalah hanya bagian dari kontek ekonomik yang lebih besar dimana syarikat beroperasi, yang meliputi kebijakan-kebijakan makroekonomik dan tingkat persaingan dalam produk dan pasar-pasar faktor. Rancangan corporate governance juga tergantung pada legal, peraturan, dan lingkungan institusi. Disamping itu, faktor-faktor seperti etika bisnis dan kesadaran syarikat pada lingkungan dan kepentingan sosial pada suatu komuniti dimana ia beroperasi dapat juga memberikan impak ke atas reputasi dan kejayaan syarikat dalam jangka panjang (OECD,1998). Tadbir urus korporat merupakan suatu struktur, sistem, dan proses yang digunakan oleh organ korporat berguna untuk memberikan nilai tambah (value added) syarikat yang berterusan dalam jangka panjang bagi stockholder, dengan tetap memperhatikan stakeholder lainnya, berasaskan peraturan perundangan dan norma yang berlaku (Damiri, 2003)

Solomon mendefinisikan tadbir urus korporat sebagai sebuah sistem checks dan balances baik internal dan eksternal syarikat yang menjamin syarikat menjalankankan tugas akauntabilitinya ke atas semua stakeholders dan bertindak dengan cara-cara yang bertanggungjawab dalam semua wilayah aktiviti bisnisnya (Solomon, 2010). Jalinan ragam landasan filosofis yang mewarnai perkembangan konsep tadbir urus korporat tersebut selanjutnya dapat digunakan sebagai dasar pengembangan teori tadbir urus korporat yang diformulasikan ke dalam model-model tadbir urus korporat yang bersifat mainstream seperti finance model (agency theory), stewardship model (stewardship theory), stakeholders model (stakeholders theory), atau political model (political theory) (Syakhroza, 2003).

Menurut Dr. Sony Warsono, ada 5 partisipan (actors) yang terbabit atau dapat dikaitkan dengan fungsi-fungsi yang dilakukan dalam pengembangan tadbir urus korporat, iaitu (Warsono 2009):

1. Dewan direksi (oversight) 2. Pejabat eksekutif (enforcement)

3. Dewan komisaris/komisi (supervisory and advisory)

(4)

285 4. Auditor (assurance)

5. Stakeholders/pemangku kepentingan (monitoring)

Di Indonesia, Komite Nasional Kebijakan Good Corporate Governance (KNKGCG) yang ditubuhkan pada tahun 1999 berteraskan SK Menko Nomor: KEP/31/M.EKUIN/08/1999 telah mengeluarkan pedoman good corporate governance (GCG). Pedoman tersebut telah beberapa kali disempurnakan, terbaru pada tahun 2006 oleh Komite Nasional Kebijakan Governance (KNKG) sebagai pengganti KNKGCG. KNKG mengeluarkan Pedoman Umum Good Corporate Governance Indonesia. Lima prinsip dasar GCG menurut KNKG adalah(KNKG, 2006)

1. Transparansi; iaitu syarikat mesti menyediakan maklumat yang material dan relevan dengan cara yang mudah diakses dan dipahami oleh pemegang kepentingan. Syarikat mesti mengambil inisiatif untuk menyingkap tidak hanya masalah yang disyaratkan oleh peraturan perundang-undangan, tetapi juga hal penting untuk pengambilan keputusan oleh pemegang saham, kreditur dan stakeholder lainnya.

2. Akauntabiliti; iaitu syarikat mesti dapat mempertanggungjelaskan prestasinya secara transparan dan wajar.

Untuk itu syarikat mesti dikelola secara benar, terukur dan sesuai dengan kepentingan syarikat dengan tetap memperhitungkan kepentingan pemegang saham dan pemangku kepentingan lain.

3. Responsibiliti; iatu syarikat mesti mematuhi peraturan perundang-undangan serta melaksanakan

tanggungjawab terhadap masyarkat dan lingkungan sehingga dapat terpleihara kesinambungan usaha dalam jangka panjang dan mendapatkan pengakuan sebagai good corporate citizen.

4. Independensi; iaitu syarikat mesti dikelola secara independen sehingga masing-masing organ syarikat tidak saling mendominasi dan tidak dapat diintervensi oleh pihak lain.

5. Kewajaran dan Kesetaraan; iaitu syarikat mesti sentiasa memperhatikan kepentingan pemegang saham dan stakeholder lainnya berteraskan asas kewajaran dan kesetaraan.

Courts & Legal System, Financial Analyst, Legislators, Regulators, Stock Exchanges, Stockholders

Audit Committee Board of Directors

Internal Auditors External Auditors Management

Financial Reporting Quality

(5)

286

Gambar 6 : Struktur Tadbir Urus Korporat dan Kualiti Pelaporan Kewangan

Sumber: Jeffrey Cohen, Ganesh Krishnamoorthy, Arnie Wright. The Corporate Governance Mosaic and Financial Reporting Quality. Journal of Accounting Literature. 2004.

Sedangkan prinsip-prinsip tadbir urus korporat yang bagus (good corporate governance) menurut KNKG adalah:

1. Transparansi (transparency)

2. Pertanggungjelasan & Pertanggungjawaban (accountability & responsibility) 3. Ketanggapan (responsiveness)

4. Indepedensi (Independence) 5. Kewajaran (Fairness)

Dalam kajian survei penelitian ke atas tadbir urus korporat dan hubungannya dengan kualiti pelaporan kewangan, Jeffrey, Ganesh dan Arnie (2004) memberikan gambaran umum berkenaan dengan pentingnya keberadaan aktor atau struktur tadbir urus korporat (corporate governance structures), iaitu: Board of Directors, Management, Audit Committee, Internal Auditors, dan External Auditors. Gambaran kajian tersebut dapat dilihat pada Gambar 6.

Dalam hal implementasi atau pelaksanaan Good Corporate Governance (GCG) di Indonesia, ada 5 hal yang perlu diperhatikan (Daniri, 2003)

1. Regulasi dan penegakan aturan yang konsisten.

2. Pelaksanaan GCG melalui profesi seperti akauntan awam, konsultan hukum, notaris dan penilai.

3. Tekanan dari pelabur/kreditur syarikat.

4. Komunikasi dan kerjasama efektif untuk memperoleh pengakuan dari lembaga-lembaga pemeringkat GCG.

5. Pelaksanaan GCG di sektor awam dan kerajaan.

Tadbir urus korporat diperlukan di pelbagai sektor, khasnya di sektor kewangan termasuk perbankan.

Korporat yang diurusi melalui kaidah GCG yang baik akan dapat bertahan lama sehingga kepentingan jangka panjang stakeholder akan terpenuhi. Sustainable growth, pertumbuhan yang berterusan akan mendorong pelaburan di suatu korporat dan kemudian secara makro akan menyokong perkembangan yang berterusan di suatu negara. GCG akan memberikan ketahanan ekonomi yang kokoh dalam menghadapi perubahan-perubahan ekonomi yang terjadi. Lemahnya amalan di suatu korporat atau suatu negara disebabkan adanya pelanggaran yang disyaratkan dalam amalan GCG iaitu corporate discipline, transparency, Independence, accountability, responsibility, fairness dan social responsibility (Sukmawati, 2003).

Muliaman menjelaskan bahawa penerapan tadbir urus korporat bagi perbankan membawa kesan yang positif, iaitu (Hadad, 2003)

1. Meningkatkan reputasi bank

2. Meningkatkan kepercayaan awam pada perbankan 3. Menarik pelaburan jangka panjang.

4. Memperkuat sektor kewangan dan menghasilkan sistem kewangan yang sihat dan stabil.

(6)

287 5. Meningkatkan prestasi perbankan

6. Stakeholder value maximazing paradigm

7. Salah satu indikator risiko dalam rangka pembuatan keputusan penanaman dananya/pelaburannya.

3. Tadbir Urus Korporat dalam Islam

Penerapan atau implementasi tadbir urus korporat pada syarikat konvensional termasuk perbankan telah diakui selama lebih kurang dua dekade. Namun demikian tadbir urus korporat justru menjadi unsur kelemahan pada syarikat –syarikat di sejumlah negara-negara berkembang (Prowse 1998). Hal ini disebabkan kerana semua institusi yang semestinya berperan penting dalam mengawasi dan menjamin efisiensi dan integriti pasar justru tidak berfungsi dengan baik. Cela maklumat (information gap) sangat menonjol, para pelaku pasar kurang berpengalaman, dan undang-undang, meskipun ada, tidak berdaya mengatur dengan efektif dan independen kerana mental korupsi dan sejumlah kelemahan sistem kehakiman (jurisdiction system). Konsep transaparansi tidak diterapkan dengan baik, begitu juga dengan praktik perakaunan yang tidak berkembang secara optimal. Konsekuensinya, syarikat-syarikat tersebut menjadi tidak efisien sehingga menyebabkan kerugian bagi seluruh stakeholder. Kerugian yang disebabkan oleh ketidakefektifan tadbir urus korporat dapat menjadi lebih serius lagi jika terjadi pada lembaga kewangan kerana jumlah stakeholder yang lebih banyak dan risiko sistemiknya lebih besar (Chapra dan Ahmed, 2008).

Ada banyak faktor penyebab kegagalan atau lemahnya syarikat diantaranya; konflik kepentingan, penggunaan asset syarikat untuk kepentingan pribadi, dan penemuan kesalahan faktur yang nilainya jutaan dollar yang dapat diklasifikasikan sebagai pencurian dan perampokan. Inti dari permasalahan semua tersebut adalah kelemahan etik dan akauntabiliti dalam mengelola syarikat Tidak ada alasan untuk berasumsi bahawa meskipun selama ini lembaga kewangan Islam telah berjalan dengan baik, lembaga kewangan ini tetap mesti mampu menyingkap dan menyikapi kelemahan tadbir urus korporat yang ada di negara-negara berkembang. Lembaga kewangan Islam juga mesti dapat meningkatkan prestasinya secara sungguh-sungguh dan mematuhi kepentingan para stakeholder dengan menerapkan tadbir urus korporat secara efektif (Sarji 2003).

Syarikat yang kuat dan tadbir urus bank yang bagus adalah elemen yang penting untuk pengembangan sebuah industri kewangan Islam yang bagus. Tadbir urus bukanlah sesuatu hal yang baru bagi Islam. Sebagaimana telah ditunjukkan oleh Mustapha dan salleh, konsep tadbir urus korporat Islam menekankan pada tiga elemen yang utama:

akauntabiliti, transparansi, dan kepercayaan (Shanmugam dan Perumal 2005). Islam memerintahkan muslim untuk menerapkan Islam secara totalitas (kaffah), tidak menerima sebahagian hukum Islam dan menolak sebahagian hukum Islam lainnya. Penerimaan sebahagian dan penolakan sebahagian merupakan bentuk perlawanan terhadap hukum Allah secara keseluruhan. Oleh kerana itu, seorang muslim mesti menjadi muslim yang sejati, bukan menjadi muslim yang sekuler . Untuk menjadi muslim yang sejati maka iaitu mesti menerapkan hukum Islam secara keseluruhan.

Dua aspek yang membentuk sifat tadbir urus korporat dalam perspektif Islam. Pertama, hukum Islam, kedaulatan mesti berada pada hukum syara’ ke atas seluruh aspek kehidupan baik etik, sosial dan mencakup masalah kriminal dan peradilan. Prinsip etik didefinisikan apa itu benar, wajar, adil, sifat daripada pertanggunjawaban, prioriti ke atas masyarakat, bersama dengan sejumlah standar tadbir urus spesifik. Kedua, Selain menyediakan satu rangkaian etik bisnis, prinsip ekonomi dan kewangan Islam (zakat, riba, pelarangan spekulasi) memiliki impak ke atas

kebijakan dan praktik-praktik tadbir urus korporat (slahudin dan Ahmad 2008). Menurut Shamsad Akhtar, ada dua keunikan tadbir urus untuk lembaga kewangan Islam, iaitu: (1) pendekatan berdasarkan keyakinan (faith based approach) yang memandatkan pelaksanaan bisnis sesuai dengan prinsip syariah; dan (2) motiv laba (profit motive) yang mengakui transaksi bisnis dan pelaburan dan pemaksimalan kesejahteraan shareholder (Akhtar 2006).

Responsibiliti seperti akauntabiliti, menyatakan pertanggungjawaban tidak hanya kepada manusia sahaja akan tetapi juga dalam menjalankan perannya dalam kehidupan. Peran ini diberikan sebagai amanah (trust) dari Allah. Jika seseorang mengabaikan tanggungjawab ini maka ini adalah bentuk pengkhianatan kepada Allah. Konsep kerja dan

(7)

288

kerjaya adalah sebuah bentuk ibadah (worship) dan amal salih (virtuos act). Disamping itu khilafah1 (trusteeship) menekankan bahawa kualiti pengurusi Islam yang bagus juga menjalankan fungsinya sebagai muslim (An Nabhani 1995).

Menurut para sarjana syariah, tujuan daripada tadbir urus korporat adalah untuk menjamin “kewajaran” ke atas stakeholders untuk mencapai transparansi dan akauntabiliti. Setuju pada kandungan definisi tersebut,

bagaimanapun juga tidak membantu kita memahami bagaimana tadbir urus korporat terhadap bisnis yang islami yang berbeza dari bisnis non islami. Perbezaan tersebut terletak pada apakah struktur transaksi bisnis jalankan sesuai dengan Islam atau tidak. Islam melihat pertama kali pada struktur transaksional untuk meyakinkan apakah transaksi melibatkan elemen-elemen yang mengharamkan keuntungan (gains) atau laba (profits). Sehingga Islam menjadikan landasan bahawa transaksi yang dijalankan bisnis tersebut sesuai dengan hukum syara’ (Adnan 2006).

Untuk menjamin apakah seluruh transaksi yang dijalankan oleh lembaga kewangan Islam selari dengan prinsip syariah (syariah based transactions), maka diperlukan pengawasan syariah. Institusi bisnis Islam termasuk bank Islam dan bank konvensional yang menawarkan aktiviti perbankan Islam dimestikan beroperasi sesuai dengan kod etik Islam. Semua lembaga kewangan Islam termasuk perbankan mesti memiliki Syariah Supervisory Board (SSB) yang bertanggungjawab untuk menjamin bahawa lembaga kewangan Islam selari dengan prinsip syariah. Ahli daripada SSB adalah penasihat syariah yang memiliki penguasaan dan pengetahuan fiqh muamalat. Mereka biasanya diangkat oleh shareholder syarikat atas rekomendasi dari pengurusan bank. Di Malaysia, semua penasihat syariah mesti disetujui oleh Bank Sentral (Rahim, Bakar, dan Syafie 2005)

Adapun di Indonesia, Syariah Supervisory Board (SSB) diertikan sebagai Dewan Pengawas Syariah (DPS) yang diangkat oleh Dewan Syariah Nasional (DSN). Dewan Syariah Nasional tersebut dipilih dan diangkat oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI). Dewan Pengawas Syariah yang ditempatkan pada lembaga kewangan syariah atas rekomendasi Dewan Syariah Nasional sebelum disetujui oleh pengurusan bank bersangkutan (Antonio 2003)

Untuk mencapai rancangan kerja legal yang menyokong usahawan untuk meningkatkan modal dari bursa saham, reformasi modern yang sesuai dengan problem agency dan transparancy dan sebagainya semestinya

mempertimbangkan pilihan keugamaan daripada masyarakat tertentu. Di negeri-negeri Islam, prinsip kewangan Islam merupakan pilihan utama dalam menjalankan bisnis mereka (Ibrahim,, 2003).

4. Struktur Tadbir Urus Korporat Islam dan Perbankan Islam

Kajian tentang struktur tadbir urus korporat (structure of corporate governance) yang ideal bagi perbankan syariah di Indonesia masih sedikit, hal ini disebabkan kerana perkembangannya yang termasuk relative baru. Namun demikian, seiring dengan perkembangannya yang semakin maju dengan keberagaman aktiviti dan keinginan

stakeholder ke atas maklumat kewangan yang terpecaya, struktur tadbir urus korporat yang handal menjadi penting.

Dalam perbankan syariah, sebagaimana halnya pada perbankan konvensional, pihak-pihak yang secara langsung berkepentingan untuk menciptakan tadbir urus korporat yang baik adalah dewan direksi, pengurusan bank, para auditor (internal dan eksternal) dan dewan pengawas syariah (DPS). Sejumlah permasalahan pokok yang perlu ditetapkan standar best practice-nya antara lain adalah responsibiliti dan kewenangan dewan direksi (termasuk direktur eksekutif dan non-eksekutif), senior management dan kakitangan, dewan pengawas syariah, auditor intern dan ekstern, serta aturan-aturan dasar yang mengatur mengenai akauntabiliti dan pengendalian, compensation policy, mekanisme pengambilan keputusan pada board meeting, annual report, information openness, dan ethic code (Ilyas

1 Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syari’at Islam dan mengemban da’wah ke segenap penjuru dunia. (Taqiyuddin An Nabhani. Sistem Khilafah.Khazanah Islam Jakarta.1995 M/1416 H. Hal.1)

(8)

289

2004).Saat ini industri kewangan Islam sebahagian besar mencakup sektor perbankan. Meningkatnya partisipasi lokal dan antar bangsa dalam produk industri kewangan Islam akan menyediakan kesempatan bisnis yang lebih besar dalam bursa kewangan di negeri-negeri Islam dengan hadirnya praktik-praktik tadbir urus korporat (Ibrahim 2006)

Ada tiga karakteristik utama yang membawa ke atas diskusi tadbir urus perbankan iaitu: (1) bank umumnya lebih kompleks masalahnya daripada institusi kewangan lainnya, yang berhadapan dengan masalah keagenan (agency problem); (2) Bank diekspos ke atas regulasi yang ekstrim; dan (3) kepemilikan pemerintah ke atas bank membuat tadbir urus perbankan berbeza daripada tipe organisasi lainnya (Shanumgam dan Perumal 2005)

Dalam konteks bank syariah, tadbir urus korporat mesti meliputi (Kasri dan Lukviarman 2009) 1. Sebuah kumpulan dari kesiapan organisasi dimana ada keselarian tindakan pengurusan daripada Bank

Syariah, sejauh yang dimungkinkan, yang sejalan dengan keinginan stakeholder.

2. Penyediaan insentif yang sesuai untuk organ-organ dari tadbir urus seperti Dewan Direktur, Dewan Syariah, dan Pengurusan untuk mencapai tujuan yang selari dengan keinginan stakeholder dan memfasilitasi

pemantauan yang efektif, yang akan mendorong Bank Syariah untuk menggunakan sumber dayanya dengan lebih efektif.

3. Kepatuhan dengan peraturan dan prinsip-prinsip syariah

Sebagaiman lazimnya, elemen tadbir urus korporat dalam perbankan Islam terdiri daripada tiga pondasi: (Haron dan Shanmugam 1997)

1. Aqidah: Berkenaan dengan kepercayaan dan keyakinan kepada Allah.

2. Syariah: Berkenaan dengan tindakan praktis yang dijalankan oleh seorang Muslim dalam memanifestasikan kepercayaan dan keyakinannya.

3. Akhlaq: Mencakup semua aspek prilaku, kebiasaan dan etik kerja seorang Muslim.

Dalam kaitannya dengan perbankan Islam, maka semua transaksi dalam aktiviti bisnis mesti selari dengan Islam. Menurut Suleiman ada setidak empat aturan yang mengatur prilaku pelaburan bank Islam. Pertama, ketiadaan transaksi berasas bunga (riba) yang merupakan sejumlah tambahan dari modal dasar suatu pinjaman menurut waktu peminjaman dan jumlah pinjaman. Meskipun ada perdebatan yang terjadi, akan tetapi para ulama sepakat bahawa bunga bank adalah riba dan riba hukumnya haram. Kedua, terhindar dari aktiviti ekonomi yang melibatkan spekulasi (gharar) dan sebagai contoh pembelian barang atau surat berharga dimana pembelinya belum memiliki barang tersebut. Ketiga, pentingnya sistem zakat dalam ekonomi Islam. Keempat, pelarangan produksi barang dan jasa yang kontradiktif dengan hukum Islam (Suleiman 2000).

Untuk menjamin bahawa praktik dan aktiviti bank Islam tidak kontradiktif dengan hukum Islam, maka dimestikan bank Islam menetapkan Syariah Advisory Council (SAC) atau Syariah Supervisory Board (SSB).

Accounting and Auditing Organization of Islamic Financial Institution (AAOIFI) sebuah badan penetapan standar perakaunan di Bahrain, telah mengeluarkan standar tadbir urus untuk lembaga kewangan Islam No. 1 tentang Syariah Supervisory Board (pengangkatan, komposisi, dan laporan) berlaku efektif 1 January 1999. AAOIFI mendefinisikan SSB sebagai suatu badan independen yang memiliki keahlian khusus di bidang fiqh muamalat yang dipercayakan kepadanya dengan tugas pengarahan, pemeriksaan dan pengawasan aktiviti ke atas lembaga kewangan Islam untuk menjamin bahawa mereka mematuhi aturan dan prinsip syariah Islam (Rahim, Bakar, dan Syafie 2005).

Struktur tadbir urus perbankan Islam sungguh berbeza daripada perbankan konvensional kerana lembaga kewangan Islam seperti perbankan mesti mematuhi al-Qur’an dan sesuai dengan harapan-harapan komuniti muslim dengan menyediakan mode pembiayaan yang dapat diterima secara Islam. Nasser M. Suleiman menggambarkan stakeholders dalam perbankan Islam. Ada dua perbezaan utama dari rancangan konvensional. Pertama, dan sangat

(9)

290

utama, sebuah organisasi Islam mesti mengabdi kepada Allah. Ia mesti mengembangkan budaya korporat yang unik, tujuan utamanya adalah menciptakan moraliti dan spritualiti yang bersifat kolektif yang ketika dikombinasikan dengan produksi barang dan jasa, menyokong pertumbuhan dan kemajuan sistem kehidupan Islam. Gambaran tersebut dapat dilihat pada Gambar 7.

Management

Shoulders

Current account holders creditors

Islamic Community

Employee

Mudaraba investment account

holders Musyarakah

Financing Partners

Gambar 7: Stakeholders dalam Perbankan Islam Sumber: Nasser M. Suleiman. Corporate Governance In Islamic Banks.2000. hal. 100.

Dalam pelaksanaan tadbir urus korporat perbankan Islam dalam konteks Indonesia, pengawasan langsung dilakukan oleh Bank Sentral (Bank Indonesia). Bank Indonesia telah mengeluarkan beberapa kebijakan untuk

mendukung peraturan-peraturan yang berhubungan dengan operasional bank dan tadbir urus korporat. Bank Indonesia telah memiliki divisi sendiri untuk perbankan syariah yang menyokong implementasi tadbir urus korporat yang sesuai dengan syariah untuk Bank Syariah di Indonesia dan mengikuti peraturan dan kebijakan yang dibuat oleh Islamic Financial Standard Board (IFSB). Bank Indonesia telah mengeluarkan Peraturan Bank Indonesia (PBI) Nomor 8/4/PBI/2006 berkaitan dengan implementasi Good Corporate Governance bagi Bank Umum termasuk Bank Berasas Syariah.

Perkembangan perbankan syariah semestinya dijalankan sesuai dengan keperluan dan harapan sesungguhnya oleh stakeholder perbankan syariah di Indonesia yang meliputi (Somantri 2002)

1. Sharia commercial banks, sharia unit banks and sharia rural banks 2. Bank Indonesia as banking regulatory and supervisory authority 3. National Sharia Council (DSN)

4. Muamalat arbitrage body

5. Other sharia financial institutions: takaful, baitul mal wa tamwil, BAZIS, and sharia security companies 6. Other regulatory bodies: Ministry of Finance and capital market regulatory body (BAPEPAM)

7. Universities/educational institutions that concern about training program on sharia finance and economics.

8. Organisation and companies related to sharia economic and finance such as: sharia economic society (MES), Association of national sharia banks, Indonesia Stock Exchange, vendors and Etc.

(10)

291 4. Rangka Teoritis

Gambar 9 : Model Tadbir Urus Korporat dan Kualiti Pelaporan Kewangan Syariah

Sumber: Jeffrey Cohen, Ganesh Krishnamoorthy, Arnie Wright. The Corporate Governance Mosaic and Financial Reporting Quality. Journal of Accounting Literature. 2004 (modified)

Institution Islamic Financial Service (IIFS) menempatkan mekanisme yang sesuai untuk pencapaian peraturan daripada para ahli syariah, menjalankan fatwa dan memonitor kepatuhan ke atas syariah dalam segala aspek daripada produk mereka, operasional, dan aktiviti. IIFS mesti menjadikan peraturan ini tersedia bagi semua orang. Hal ini merupakan bahagian daripada kepatuhan atas tadbir urus korporat dengan peraturan dan prinsip-prinsip syariah.

Transparansi pelaporan kewangan dalam kaitannya dengan akaun pelaburan bagi IIFS mesti membuat penyingkapan Courts & Legal System, Financial

Analyst, Legislators, Regulators, Stock Exchanges, Stockholders

Audit Committee Board of Directors

Internal Auditors External Auditors Management

Syariah Supervisory Board

Financial Reporting Quality

(11)

292

yang selari dan berkala kepada pemegang akau pelaburan dan materialiti serta maklumat yang relevan mengenai akaun pelaburan yang mereka urus.

Kita mesti mengubah minda masyarakat muslim dari orientasi bank konvensional ke bank syariah. Tidak mudah untuk mengubah minda yang lama. Minda religi mesti ditransformasikan melalui proses pendidikan, promosi berterusan dari pengurusan sesuai dengan pesantren (boarding school), organisasi bisnis, dan lembaga lain yang berkaitan. Untuk itu dirasa perlu memperkenalkan semua produk bank Islam dan keuntungan dari setiap produk ke kostumer. Peran kerajaan dalam proses pengembangan bank Islam merupakan policy yang beramat penting (Alwi 2002)

Dengan demikian, transparansi pelaporan kewangan yang berkualiti merupakan sebuah kemestian bagi semua lembaga kewangan syariah termasuk perbankan. Kualiti pelaporan kewangan diantaranya bercirikan relevance, reliability, understandbility, dan comparability. Karakteristik kualitatif pelaporan kewangan ini sudah diamanatkan oleh Accounting and Auditing Organization of Islamic Financial Institution (AAOIFI). Sehingga untuk menjadikan syarikat syariah memiliki prestasi yang bagus maka diperlukan implementasi tadbir urus korporat yang kompatibel dengan prinsip-prinsip syariah. Wujud dari prestasi yang bagus atau tidak setidaknya dapat dilihat pada penyingkapan pelaporan kewangannya. Oleh itu, perlu dilakukan kajian apakah implementasi daripada tadbir urus korporat yang dijalankan oleh para partisipan (actors) berkesan ke atas pelaporan kewangan perbankan Islam. Gambaran (overview) kajian dapat dilihat pada Gambar 9 yang telah diubahsuai.

Ada banyak isu konseptual yang berkait rapat dengan tadbir urus korporat untuk menganalisis kesan daripada sistem tadbir urus yang berlaku seluruh dunia. Diantaranya adalah berkaitan rapat dengan struktur dan proses tadbir urus korporat yang tidak secara universal sama antara bangsa. Negara yang berbeza telah mengadopsi struktur dan proses yang berbeza dalam mentadbir urus korporat mereka bergantung ke atas kesesuaian budaya social, persekitaran ekonomi, polisi kerajaan, sistem pasar wang dan capital mereka. Namun hal yang amat penting adalah bahawa dewan direktur (board of directors) dikenal pasti sebagai intisari daripada tadbir urus korporat dan proses dewan telah diterima sebagai proses utama daripada tadbir urus korporat. Elemen lain yang tak kalah pentingnya dalam memainkan proses amalan tadbir urus korporat adalah shareholders, bank, auditor dan sebagainya dan komitmen mereka dalam proses tadbir urus korporat (Chandra 2009).

5. Metodologi 5.1. Sampel

Populasi dalam kajian ini adalah Bank Syariah yang ada di Indonesia. Jumlah sampel yang diambil iaitu Bank Muamalat Indonesia, Bank Mandiri Syariah, dan Bank Mega. Alasan diambil Jumlah sampel diambil berdasarkan bank syariah yang sudah lama ditubuhkan iaitu sekitar 10 tahun. Alasan lainnya Bank Syariah tersebut sudah lama menerapkan tadbir urus corporate dan telah menerbitkan dan menerbitkan laporan tadbir urus secara periodik. Dengan demikian penyelidik mengambil sampel iaitu kaki tangan korporat perbankan di tiga bank syariah tersebut. Kuesioner yang ditabur ke sejumlah responden sebanyak 150, yangkembali hanya 105.

Model dan Hipotesis Penyelidikan

(12)

293

Gambar 10. Model Kajian Penyelidikan Tadbir Urus ke Atas Kualiti Pelaporan Kewangan Perbankan Islam Hipotesis Penyelidikan:

H1: Audit Committee berkesan ke atas kualiti pelaporan kewangan perbankan Islam di Indonesia

H2: Board of Directors berkesan ke atas kualiti pelaporan kewangan perbankan Islam di Indonesia

H3: Internal Auditors berkesan ke atas kualiti pelaporan kewangan perbankan Islam di Indonesia

H4: External Auditors berkesan ke atas kualiti pelaporan kewangan perbankan Islam di Indonesia.

H5: Syariah Supervisory Board berkesan ke atas kualiti pelaporan kewangan perbankan Islam di Indonesia.

H6: Audit Committee, Board of Directors, Internal Auditors, External Auditors dan Syariah Supervisory Board bersama-sama berkesan ke atas kualiti pelaporan kewangan perbankan Islam di Indonesia.

6. Perbincangan temuan penyelidikan

Data diuji menggunakan analisis regresi linier untuk melihat kesan struktur tadbir urus korporat ke atas kualiti pelaporan kewangan. Hasilnya dapat dilihat pada tabel di bawah ini.

Audit Committee (AC) Board of Directors

(BoD) Internal Auditors

(IA) External Auditors

(EA)

Syariah Supervisory Board (SSB)

Kualiti Pelaporan Kewangan (KPK)

(13)

294

Tabel 1: Hasil Regresi Struktur Tadbir Urus Korporat ke atas Kualiti Pelaporan Kewangan

Tabel 1 di atas menunjukkan hasil analis regresi untuk kualiti pelaporan kewangan (QFR) sebagai pembolehubah terikat. Boleh dinyatakan bahawa external auditor memiliki kesan yang kuat ke atas kualiti pelaporan kewangan berbanding dengan pembolehubah bebas lainnya. Pembolehubah internal auditor memiliki kesan negative ke atas kualiti pelaporan kewangan. Semua pemboleh ubah bebas memiliki kesan ke atas kualiti pelaporan kewangan perbankan Islam di Indonesia. Oleh itu, semua hipotesis H1, H2, H3, H4, H5 dan H6 boleh disokong.

7. Kesimpulan

Isu tadbir urus korporat telah melanda pelbagai Negara tidak terkecuali Indonesia. Indonesia yang telah mengalami kegawatan ekonomi di tahun 1997 sampai saat ini belum begitu pulih sepenuhnya daripada kegawatan ekonomi. Menariknya, bank-bank syariah telah menjadi pendorong perekonomian Indonesia.

Salah satu faktor yang dirasakan mengapa terjadinya kegawatan ekonomi adalah lemahnya penerapan tadbir urus korporat. Prinsip-;prinsip tadbir urus korporat telah diterapkan beberapa tahun oleh bank-bank syariah. Namun, bagaimana kesan penerapan tadbir urus korporat atau keberadaan struktur tadbir urus ke atas kualiti pelaporan kewangan belum dilakukan. Berasaskan kajian yang telah dilakukan dapat dinyatakan bahawa struktur tadbir urus korporat (board of directors, audit committee, external auditor, internal auditor, syariah supervisory board) berkesan ke atas kualiti pelaporan kewangan. Struktur tadbir urus berupa

external auditor memiliki kesan yang paling kuat berbanding dengan struktur tadbir urus lainnya.

RUJUKAN

Adnan, Ibrahim Ali. Convergence of Corporate Governance and Islamic Financial Services Industry: Toward Islamic Financial Securities Market.2006. Hal. 10. tersedia pada http://lsr.nellco.org/georgetown/gps/papers/3.

Akhtar, Shamsad. Shariah Compliant Corporate Governance. Paper is presented at the annual Corporate Governance Conference. Dubai 27 November 2006. Hal.1.

Coefficientsa

Model

Unstandardized Coefficients

Standardized Coefficients

t Sig.

B Std. Error Beta

1 (Constant) 5.925 3.323 1.783 .078

SSB .151 .088 .205 1.723 .088

AC .054 .075 .068 .718 .475

BD .030 .055 .066 .556 .580

IA -.104 .087 -.138 -1.187 .238

EA .603 .101 .583 5.979 .000

a. Dependent Variable: QFR

(14)

295

Alwi, Syfaruddin. The Strategy of Islamic Banking Development. International Conference on Islamic Economics. Paper. Islamic University of Indonesia. 12-13 Oktober 2002. page

Antonio, M. Syafi’i.Bank Syariah Dari Teori Ke Praktik. Gema Insani Pers & Tazkia Cendekia. Jakarta. 2001. Hal.234.

Bakar, Mohd Daud, PhD. The Shari’a supervisory board and issues of Shari’a rulings and their harmonization in Islamic banking and finance. Islamic Finance: Innovation and Growth. Simon Archer and Rifaat Ahmed Abdel Karim. No Year.

Hal.74.

Chandra, Subhan, Corporat Governance, codes, systems, standards and practices. PHI learning Private Limited. New Delhi.

2009. Hal.8.

Chapra, M. Umer & Ahmad, Habib. Corporate Governance in Islamic Financial Institutions (IRTI Publication Management System, Jeddah, Saudi Arabia, tersedia pada http://www.irtipms.org/PubDetE.asp?pub=93).

Chapra, M. Umer dan Ahmed, Habib. Corporate Governance Lembaga Keuangan Syariah. Bumi Aksara Jakarta. 2008. Hal. 12.

Commonwealth Association for Corporate governance (CACG). 1999. Principles for Corporate governance in The Commonwealth. : Towards global competitiveness and economic accountability. www.cbc.to.

Daniri, MasAchmad. 2003. Corporate Governance: Perangkat penting dalam sektor perbankan Indonesia. Kertas kerja. Seminar peringkat bangsa. 23 April. Yogyakarta. Hal 1.

Hadad, Muliaman, 2004.. Penerapan Good Corporate Governace di Sektor Perbankan Indonesia. Kertas Kerja. Forum Diskusi Ekonomi Putaran I tahun 2003. 24 April. Yogyakarta. Hal.4.

Ibrahim, Ali A. Convergence of Corporate and Islamic Financial Services Industry: Toward Islamic Financial Services Securities Market. George Law. Georgetown Law Graduate Paper Series. Paper 3. 2006. Page 8..

Jeffrey Cohen, Ganesh Krishnamoorthy, Arnie Wright. 2004. The Corporate Governance Mosaic and Financial Reporting Quality. Journal of Accounting Literature. Hal.. 134. 87-152.

Kasri, Irma Aulia & Lukviarman, Niki. Governance and Corporate Disclosure: A Study in Bank Muamalat and Bank Syariah Mandiri. Current Issues Lembaga Keuangan Syariah. Jakarta. 2009. Hal.170.

KNKG (Komite Nasional Kebijakan Governance). Pedoman Good Corporate Governance Perbankan Indonesia. Jakarta. 2004.

Komite Nasional Kebijakan Governance (KNKG). 2006. Pedoman Umum Good Corporate Governance Indonesia.

OECD. Principles of Corporate Governance. 1998.

Prowse, Stepen . Corporate Governance: Emerging Issues and Lesson for Easst Asia. (World Bank).

www.world.org/html/extdr/pos981).1998. Hal.16-17.

Rahim ,Abdul Rahman, , Nur Barizah Abu Bakar, & Ade Wirman Syafie. Syariah Governance of Islamic Banks: Perceptions of the Responsibility & Independence of Syariah advisers. Corporate Governance: an Islamic Paradigm. Universiti Putra Malaysia Press. Selangor Darul Ehsan. 2005. Hal. 20.

Sarji, Ahmad . Ethics and Accountability For Good Governance in The Private Sektor and The Civil Service. Essays on Islamic Management and Organizational Performance Mesurements. Al-Hikmah Sd. Bhd. Selangor.2003. Hal. 86.

Shanmugam, Bala & Perumal, Vignesen. Governance Issues and Islamic Banking. Corporate Governance: an Islamic Paradigm.

Universiti Putra Malaysia Press. Selangor Darul Ehsan. 2005. Hal. 2.

Slahudin, Choudhary & Ahmad, Iftikhar. Corporate Governance in Islam: A Comparative Study of OECD Principles and Islamic Principles of Corporate Governance. Choudary Slahudin. OECD Principles and The Islamic Perspective on Corporate Governance. Review of Islamic Economics. VOl. 12. No. 1.2008. pp 34.

Solomon, Jill. 2010. Corporate Governance and Accountability. Third edition. John Wiley & Sons. P.14

Somantri. Maman. Indonesian sharia Banking Development. International Conference on Islamic Economics. Paper. 12-13 Oktober 2002. Yogyakarta. Page 3.

Sukmawati S. 2003. Penerapan Good Corporate Governance di Sektor Kewangan Indonesia: Dampak GCG terhadap prestasi.

Kerta Kerja. Forum Diskusi Ekonomi Putaran I Tahun. Yogyakarta. Hal.10.

Suleiman, Nasser M, Corporate governance in Islamic Banks. 2000. Hal. 4. http://www.lib.bke.hu/gt/2000-3/nmusuleiman.pdf.

Syahroza, Akhmad. 2003. Reformasi Profesi Perakaunan Sektor Awam dan Good Government Governance. Usahawan No. 02.

TH XXXII (Februari).

Syakhroza, Akhmad, 2003. Teori Corporate Governance. Usahawan No.08. TH XXXII Agustus. Hal. 21.

Syakhroza, Akhmad, 2005., Corporate Governance: Sejarah dan Perkembangan Teori, Model, dan Sistem Governance serta Amalannya pada Syarikat BUMN. Pidato Pengukuhan Guru Besar. Penerbit Fakultas Ekonomi Univerisitas Indonesia..

Page 26.

Warsono, Sony. 2009.Pemodelan dan Peratingan Corporate Governance di Indonesia. Makalah Seminar Nasional:Rejuvenating Our Teaching and Research in Financial Accounting and Modelling Good Corporate Governance in Indonesia.. 1-3 Juli Yogyakarta. P.4.

Referenties

GERELATEERDE DOCUMENTEN

Dalam rangka percepatan pengembalian utang negara melalui penyelesaian kewajiban debitur BPPN, serta dengan mengacu kepada SK KKSK No Kep 02/K.KKSK/12/2001 tanggal 12 Desember 2000

Telah dipertahankan di depan penguji pada tanggal, 03 Februari 2010 dan dinyatakan telah memenuhi syarat untuk diterima sebagai kelengkapan guna memperoleh gelar Sarjana Ekonomi

[r]

kedua masyarakat yang sesuku dan serumpun, meskipun berlainan Warga Negara itu, terus maju dan berkembang sesuai dengan tuntutan dan kemajuan zaman. Kelihatannya

masuk kerja tidak mcnerima upah, bahkan kcterangan yang mengagetkan adalah bahwa mereka juga mendapat periDtintan alusan mangkir. tidak banyak daln.m

kalangan Icrtenru di.1nggap sangat bertcnlangan dengan kodrat dan pandangan masyarakat. Dari berbagai peran yang dijalankan wanita, k<nd<:tipWl menghabiskan

1995 - 2000 Selama Rencana Pembangunan Lima Tahun (Repelita VI), kerjasama pemerintah Indonesia dan UNICEF telah mencakup 65 persen dari seluruh penduduk Indonesia, terutama para

Dengan pemberian dana BOS yang cukup besar dari pemerintah pusat ke sekolah-sekolah dengan tujuan untuk mengurangi biaya operasional sekolah dan mendorong proses penjaminan